<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/20421913?origin\x3dhttp://feezass.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Monday, July 27, 2009

.:Helliews humans!!:.

Perasaan marah dan membara bukanlah jalan penyelesaian
bagi apa jua masalah. Pernahkah anda rasa marah dan
dendam terhadap seseorang hinggakan memandang wajah mereka
pun naik loya? Jijik mungkin?

Biarpun apa yang dirasakan , yang tidak masuk akal adalah
cara atau reaksi yang diberi dari seorang individu .

Apa yang dilihat seketika tadi adalah contoh yang tidak munasabah
bahkan perangai yang ditonjolkan amat kebudak-budakan. Memang
benar aku hanya seorang yang tidak berpangkat atau berkedudukan apatah
lagi di posisi yang wajar untuk menyelesaikan masalah.

Yang merunsingkan , apakah masalah yang sebenar?
Apakah yang menyebabkan beliau berkelakuan sedemikian? Allahualam!

Sungguh aku tidak mengerti mengapa perasaan marah boleh
terbawak-bawak dan semestinya ini akan menghindar diri
dari pergaulan seperti normal . Yang agak membingitkan bagi aku ,
adalah apabila aku menjadi orang tengah . Segala apa yang aku lakukan
mahupun katakan , semuanya tidak elok dan reaksi mereka sungguh
menyakitkan hati . Sumpah puranah semua aku berikan ..
hanya kerana aku tahu apa yang berlaku di dua - dua belah pihak ..
bukan aku inginkan untuk berdiri di posisi ini tetapi kadangkala ,
hidup ini tidak diberi pilihan ..

kau takkan mungkin membaca apa yang tersurat di sini ,
oh , apatah lagi perasaan yang tersirat di hati ..
Seandainya aku berkuasa , aku ingin meluakan segala yang terpendam
dan mendamaikan mereka sepertimana ianya bermula .

Setiap yang bermula pasti akan berakhir . Akan ku pegang kuat
pada pepatah ini dan mengharapkan yang terbaik .

If there is a thing that i can do now, It would be making life a peaceful one.

Labels:


Feeza the Great @
7/27/2009 01:55:00 AM



Myself

Hafeeza
18
Madly in love!

Talk to me